Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains
Buku Solat : Kebaikan dari Perspektif Sains dan SALAT: Benefits from Science Perspective telah diterbitkan di dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa melayu.
Bab Pertama buku ini memberikan penerangan ringkas mengenai solat serta cara menunaikan solat secara betul berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Bab 2 membincangkan komponen-komponen di dalam komposisi tubuh manusia, cara pengukuran komposisi tubuh, kelebihan aktiviti fizikal dan solat taraweeh serta berpuasa di bulan Ramadhan ke atas komposisi tubuh badan
Kadar denyutan jantung diterangkan didalam bab tiga, bermula dengan pengenalan kepada denyutan jantung, perbezaan kadar denyutan jantung semasa solat dalam posisi yang berbeza dan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung
Bab 4, menerangkan sakit pinggang di kalangan wanita. Penerangan mengenai sakit pinggang dan aktiviti fizikal telah diperkenalkan oleh psikoterapi untuk terapi sakit pinggang. Bab ini juga membongkar rahsia posisi solat yang mana boleh digunakan sebagai terapi sakit pinggang.
Bab 5, membincangkan tentang otak manusia. Kegunaan otak manusia, gelombang otak, meditasi, solat, electroencephalograpgy dalam solat, kajian tentang isyarat otak semasa tuma’ninah dan kajian keseluruhan isyarat otak semasa solat.
Otot-otot manusia dalam bab 6 menerangkan tentang isyarat otot atau dikenali sebagai electromiografi serta kajian tentang aktiviti otot ketika mengerjakan pergerakan solat.
Bab terakhir ialah bab 7 membincangkan mengenai “Erectile Dysfunction (ED)”. Penerangan terperinci mengenai ED, jenis-jenis ED dan rawatan ED. Kajian tentang kesan solat terhadap ED dan bagaimana ia boleh digunakan sebagai terapi juga turut dinyatakan.
SYARAT- SYARAT PEMBELIAN
Untuk memudahkan pelanggan. Pihak kami akan memberi keterangan cara pembelian
Langkah diperlukan:
1. Tempahan(Anda) –> pengesahan Tempahan
2. Pembayaran(Anda) –> Pengesahan Bayaran
3. Penghantaran Barang Pesanan
TEMPAHAN
Terdapat tiga pilihan untuk membuat tempahan:
i) SMS
Bagi tempahan menggunakan SMS sila sertakan butir-butir seperti berikut:
Kuantiti Nama Alamat dan E-mail(jika ada)
Contoh: NF001C-2 Aminah Hassan ,Blok G,Apartment Duta Vista,43500 Bangi Selangor.
ii) Panggilan Terus
Tempahan boleh dibuat terus melalui panggilan telefon Ke nombor (012-6379857/03-79674486- Cik Naemah) berserta butir-butir yang diperlukan.
iii) E-mail
Untuk Tempahan secara E-mail sila sertakan butir-butir seperti berikut:
Kuantiti Nama Alamat dan No Telefon ke alamat E-mail seperti berikut (sainssolat@um.edu.my)
Setelah menerima tempahan anda kami akan mengesahkan tempahan tersebut dengan memberikan jumlah bayaran yang perlu dibuat berserta no akaun kami bagi memudahkan anda membuat pembayaran secara deposit terus ke no akaun yang akan di berikan semasa proses pengesahan tempahan nanti.
PEMBAYARAN
Setelah anda telah membuat pembayaran, sila maklumkan kami mengenai transaksi tersebut dan sertakan bukti pembayaran seperti tarikh, masa dan no rujukan pembayaran
Harga (1 Naskhah)
Semananjunag Malaysia : RM 29.90
Sabah /Sarawak : RM 31.90
Bank : Maybank Malaysia Berhad
Account No : 114254139983
Account Holder Name : NAEMAH BINTI SUHAIMI
Amount : Harga senaskah buku + kos penghantaran
PENGHANTARAN
1. Setelah kami menerima bayaran anda. penghantaran barangan akan dibuat pada keesokan hari selepas pembayaran di buat (pada hari berkerja ). Semua penghantaran adalah menggunakan khidmat Poslaju
2. Kos Penghantaran adalah seperti berikut:
Semenanjung Malaysia: RM 8.00
Sabah dan Sarawak: RM 10.00
3. Pihak kami akan memberikan anda nombor rujukan penghantaran bagi setiap barangan pesanan.
Clinical Engineering Laboratory,
Department of Biomedical Engineering,
Faculty of Engineering, University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur.
Tel: 603-7967-4486
Fax: 603-7967-4579
Email: sainssolat@um.edu.my



saya nak hantar e mail untuk beli buku seperti alamat di atas tapi tak dapat, boleh tong saya tak
By: mohd yusoff ibrahim on July 30, 2009
at 3:30 pm
boleh cuba sekali lagi..
sainssolat@um.edu.my
sepatutnya tiada masalah
Thank you
By: SAINSSOLAT on July 30, 2009
at 4:18 pm