KAJIAN SAINS DAN SOLAT
Ibadat Solat difardukan ke atas setiap muslimin dan muslimat bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap KhaliqNya Yang Maha Agung. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.
Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.
Buku Solat : Kebaikan Dari Perspektif Sains ini diterbitkan untuk menerangkan beberapa keputusan kajian mengenai kesan pergerakan solat yang sempurna kepada kesihatan tubuh badan yang merangkumi aspek-aspek seperti sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, aktiviti gelombang otak ketika bersolat and postur badan yang optimum.
Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang muslimin dan mulimat dalam menunaikan ibadat solat dengan khusyuk dan tawaduk. Semoga buku ini ada manfaatnya bagi kita semua dalam memahami hikmah dan kebaikan kesihatan disebalik ibadah solat kita, insya Allah.




tahniah atas usaha anda.kajian anda juga amat membantu saya yang sedang membuat kajian tentang solat berjemaah.kajian anda banyak membantu kajian say adari sudut sains.semoga Allah merahmati anda dan dipermudahkan urusan anda.
By: azmah bte ali on April 2, 2009
at 12:07 pm
tahniah,
By: faizsaaid on June 5, 2009
at 9:17 am