Klinik Solat

Demi memenuhi tanggungjawab sosial dan memasyarakatkan teknologi bioperubatan serta kajian sains solat , maka Klinik Solat telah diwujudkan. Ujian-ujian yang dijalankan berkait rapat dengan pergerakan solat seharian dalam membantu mengatasi masalah kesihatan.

Tahniah kepada semua pelanggan  KLINIK  SOLAT sesi Februari 2010. Berikut merupakan antara ujian-ujian yang kami lakukan.

1. Ujian kolesterol, Ujian Risiko Sakit  Jantung  dan kesihatan  keseluruhan

Pengambilan diet makanan yang seimbang adalah penting untuk mengelakkan lebihan kolesterol dalam badan.  Kolesterol yang berlebihan akan membahayakan kesihatan anda.

  • Ujian kolesterol dan kesihatan keseluruhan (tanpa     mengambil darah dan berpuasa selama 4 jam)-RM25
  • Ujian Kekenyalan Arteri dan risiko sakit jantung-RM25

2. Audit Postur Dan Pergerakan Solat  Terhadap Komposisi Badan

Komposisi tubuh badan meliputi sel-sel badan, kuantiti air,parameter elektrikal,kadar lemak dan kolesterol dalam darah. Pengukuran parameter ini penting dalam menentukan tahap metabolism, kecergasan dan kesihatan seseorang individu.

  • Ujian Komposisi Badan:-

*Bioimpedance Analyzer,Maltron,Zitron

-Mengukur tahap tekanan darah.

-Mengukur tahap kesihatan secara keseluruhan selepas bersolat

(tiga sesi ujian sebelum dan selepas bersolat berharga RM100.00)

3. Terapi Menguruskan Badan Lelaki  & Perempuan

Pergerakan dalam solat sebenarnya menyamai   senaman ringan yang dilakukan seharian. Sekali gus membantu membakar lemak berlebihan dalam badan manusia. Solat boleh dijadikan terapi menguruskan badan berserta dengan diet yang akan disyorkan.

  • Terapi menguruskan badan

(RM 200 untuk dua sesi 15 minggu ujian)

4. Terapi Sakit Pinggang

Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan orang yang berkerja.

  • Terapi sakit pinggang

(RM100.00 untuk dua sesi ujian)

5. Terapi Kesihatan Seksual Wanita

Terapi solat  berupaya  menguatkan otot lantai wanita. Otot lantai merupakan otot yang penting dalam meningkatkan tahap        keseksual wanita, mengelakkan masalah kejatuhan rahim dan masalah kekerapan pembuangan air kencing.

  • Terapi Otot Lantai -RM100.00

6. Ujian Gelombang Otak Ketika Solat

Gelombang otak yang dihasilkan ketika melakukan pergerakan meliputi gelombang alfa,beta dan gamma.

¨ Ujian mengukur gelombang otak ketika bersolat. (RM100.00 untuk sekali ujian).

7. Terapi Kesihatan Seksual Lelaki

Pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

  • Terapi Mati Pucuk :
  • Ujian klinikal mati pucuk & ujian neva:                                                                                                                                                      (RM 200 bagi sesi pertama ) & (RM 100 setiap sesi seterusnya)
  • Terapi Kekerapan Pembuangan Air Kencing -RM100

Untuk ujian mati pucuk, semua pesakit  dikehendaki berjumpa dahulu dengan pakar  urology untuk mengenalpasti tahap mati pucuk-

Dr. Ausama atau Dr. Shanggar di alamat,

Jabatan Surgery,Tingkat 2 Menara Utama

Pusat Perubatan Universiti Malaya, 50603 Lembah Pantai,Kuala Lumpur.

Waktu klinik:  Selasa (2-5 petang)

Jumaat ( 9 pagi -1 tengahari)

No. tel 03 79492070

Faks 03 79492441

Setelah diadakan temujanji dengan Dr. Ausama atau  Dr. Shanggar barulah pesakit datang ke Makmal Klinikal.

***Potongan Istimewa untuk setiap ujian diberikan kepada warga emas, warga UM, pelajar sekolah dan  saudara baru.

One thought on “Klinik Solat

  1. Salaam. saya ingin membuat temujanji utk ke klinik solat. Saya org singapura. Bila waktu terbaik utk ke sana? Ada klinik pada hujung minggu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s