SEMINAR BERSAMA PERKIM DAN JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR

Seminar  solat kali ini berpindah pula ke negeri Johor Darul Takzim  bertempat di dewan Auditorium , Institut Tadbiran Awam (INTAN), Kluang, Johor. Seminar bertajuk  “Solat : Kebaikan dari perspektif  Sains” dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bahagian Kluang dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Johor.

Seminar gilang-gemilang itu disertai oleh Mufti Negeri Johor, Yang Berbahagia Sohibus Somahah  Dato` Hj Mohamad Tahrir Dato` Kiyai Hj Samsudin , Ustaz Mohd Mustaqim Asmiyi (Ketua Unit Penyelidikan,Pengurusan Dakwah & Latihan), Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zabri Kamdi ,Pengerusi PERKIM Cawangan Kluang serta Yang Berbahagia Ustaz Haji Idrus Shariff selaku penyelaras program.Seminar ini berakhir dengan jayanya pada 3.30 petang.

SEMINAR SAINS SOLAT MASJID AL-MUKARRAMAH

Setiap orang harus tahu bagaimanakah cara solat yang betul dan perspektifnya dari sudut Sains. Kesempurnaan solat  perlu dititik beratkan demi mendapat keredhaan Allah. Baru-baru ini Masjid Al-Mukarramah, Damansara mengambil langkah terbaik dengan menganjurkan seminar sains solat pada 31 Januari 2010.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Masjid Al-Mukarramah (MAM)  Ustaz Mhd Faizal bin Mhd Ramli Al-Hafiz, dan disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Nazir MAM, Syeikh Ahmad Nawawi Ghazali. Turut hadir bergandingan bersama Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim ialah Ustaz Haji Muhammad Azman Husin. Beliau yang merupakan pegawai Akademi Zakat Selangor  turut hadir sebagai pembentang seminar berkenaan ” Sifat Solat Nabi S.A.W”.