SEMINAR SAINS SOLAT NEGERI MELAKA

Seminar sains solat mengakhiri bulan februari dengan seminar di negeri Melaka. Bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka, seminar ini bermula pada jam 9.30pagi sehingga 11.30 tengah hari. Siri seminar kali ini membincangkan kebaikan solat dalam perspektif sains. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan seperti dibawah:

  1. Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Komposisi Badan
  2. Kesan Solat Terawih Dan Puasa Terhadap Komposisi Badan
  3. Solat Sebagai Terapi Merawat Sakit Pinggang
  4. Solat Sebagai Merawat Pati Pucuk

Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka iniĀ  ternyata mendapat sambutan hebat dikalangan warga Jabatan Mufti Negeri Melaka. Semoga setiap yang hadir mendapat input berguna dari seminar ini.

Advertisements