Seminar ‘Sains dan Solat’ IMTIAZ Besut, Terengganu…

Assalamualaikum wrbt..

Pengetahuan yang mendalam tentang Ibadah yang difardukan oleh Allah SWT sangatlah penting agar setiap perlakuan dalam solat mencapai kekhusyukkan dan ibadah yang ditunaikan diterima Allah SWT. Cara untuk menghiburkan kesedihan jiwa, membahagiakan hati, dan menguatkannya, serta melapangkan dada adalah dengan menunaikan solat kerana di dalamnya terbentuk hubungan kalbu dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT, ” Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

Sehubungan dengan itu, kita sebagai hamba Allah SWT perlulah menimba ilmu yang secukupnya tentang bab solat agar solat yang dilakukan diterima Allah SWT. Seminar ‘Sains dan Solat’ yang diadakan baru-baru ini di IMTIAZ Besut, Terengganu sedikit sebanyak membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik melakukan ibadah Solat. Seminar ini diadakan pada tarikh 15 Julai 2010 dan disertai oleh hampir 1000 orang peserta yang keseluruhannya dari sekolah dan ibubapa. Seminar yang disampaikan oleh Prof Dr.Fatimah Ibrahim ini mendapat sambuatan yang menggalakkan daripada para peserta. Para peserta memberikan respond yang baik sepanjang program ini dijalankan dan seminar ini berakhir lewat petang. Keseluruhannya, seminar ini mendedahkan kepada para peserta agar mencintai solat dan melakukannya dengan segera pada setiap waktu. Kelebihan-kelebihan dan faedah daripada mengerjakan solat ini memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan peserta seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua aspek termasuklah disiplin dalam perkara yang berkaitan dengan ibadah solat yang dituntut untuk dilakukan oleh Allah SWT.

Seminar ‘The Power & Science of Salat’ Singapura.

Pada 11 Julai 2010 baru-baru ini, Klub ESQ165 Singapura telah mengadakan Seminar ‘The Power & Science of Salat bertempat di Jamiyah Islamic Centre, Singapura. Pengerusi Projek  The Power & Science  of salat ialah Pn. Hajjah Saibah Abdul Kasim. Seminar ini bermula pada jam 8.30pagi-3.30petang. Dr Fatimah dijemput untuk membincangkan Kebaikan solat dalam perspektif sains. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam seminar ini ialah:

  1. Kesan Postur Badan Dan Pergerakannya Di Dalam Solat bhg 1.
  2. Kesan Postur Badan Dan Pergerakannya Di Dalam Solat bhg 2.
  3. Solat, Kesannya Pada Denyutan Jantung.
  4. Terapi Sakit Pinggang Dan Mati Pucuk .

Seminar yang dianjurkan oleh Klub ESQ165 Singapura mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warganegara singapura dan seramai 250peserta telah menghadiri seminar ini.