1 MAC 2011- CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM (PNI) PERINGKAT KEMENTERIAN KEWANGAN

Pada 1  Mac 2011 bersamaan dengan 26 Rabiulawal 1432 Hijrah yang lalu,Seksyen Pengurusan sumber Manusia, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Perbendaharaan Malaysia telah menganjurkan ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam di peringkat Kementerian Kewangan. Ceramah tersebut bertajuk “Signifikasi Solat Yang Sempurna Terhadap Kesihatan Tubuh Badan”.

Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Teater, Tingkat 1, Blok Tengah Perbendaharaan Malaysia dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan   oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis  buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”. Tajuk yang dibentangkan ialah “Kesan poster dan pergerakan solat terhadap komposisi badan”  dan “Kesan solat terhadap denyutan jantung”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 200 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 10 pagi sehingga 12 tengahari ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya. InsyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.

One thought on “1 MAC 2011- CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM (PNI) PERINGKAT KEMENTERIAN KEWANGAN

  1. Sebagai bekas rakan sekolej di Marquette University saya amat berbangga dgn pencapaian mu. Dari dulu Tim mmg seorg yg berdaya kreatif, berinovasi, cekal dan tekal dlm setiap usaha yg dilakukan. Syabas dan Tahniah. Semoga segala usaha murni mu direstui dan diberkati Allah swt hendaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s