Seminar ‘The Power & Science of Salat’ Singapura.

Pada 11 Julai 2010 baru-baru ini, Klub ESQ165 Singapura telah mengadakan Seminar ‘The Power & Science of Salat bertempat di Jamiyah Islamic Centre, Singapura. Pengerusi Projek  The Power & Science  of salat ialah Pn. Hajjah Saibah Abdul Kasim. Seminar ini bermula pada jam 8.30pagi-3.30petang. Dr Fatimah dijemput untuk membincangkan Kebaikan solat dalam perspektif sains. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam seminar ini ialah:

  1. Kesan Postur Badan Dan Pergerakannya Di Dalam Solat bhg 1.
  2. Kesan Postur Badan Dan Pergerakannya Di Dalam Solat bhg 2.
  3. Solat, Kesannya Pada Denyutan Jantung.
  4. Terapi Sakit Pinggang Dan Mati Pucuk .

Seminar yang dianjurkan oleh Klub ESQ165 Singapura mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warganegara singapura dan seramai 250peserta telah menghadiri seminar ini.

Advertisements

SEMINAR SAINS SOLAT NEGERI MELAKA

Seminar sains solat mengakhiri bulan februari dengan seminar di negeri Melaka. Bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka, seminar ini bermula pada jam 9.30pagi sehingga 11.30 tengah hari. Siri seminar kali ini membincangkan kebaikan solat dalam perspektif sains. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan seperti dibawah:

  1. Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Komposisi Badan
  2. Kesan Solat Terawih Dan Puasa Terhadap Komposisi Badan
  3. Solat Sebagai Terapi Merawat Sakit Pinggang
  4. Solat Sebagai Merawat Pati Pucuk

Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka ini  ternyata mendapat sambutan hebat dikalangan warga Jabatan Mufti Negeri Melaka. Semoga setiap yang hadir mendapat input berguna dari seminar ini.

SEMINAR BERSAMA PERKIM DAN JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR

Seminar  solat kali ini berpindah pula ke negeri Johor Darul Takzim  bertempat di dewan Auditorium , Institut Tadbiran Awam (INTAN), Kluang, Johor. Seminar bertajuk  “Solat : Kebaikan dari perspektif  Sains” dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bahagian Kluang dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Johor.

Seminar gilang-gemilang itu disertai oleh Mufti Negeri Johor, Yang Berbahagia Sohibus Somahah  Dato` Hj Mohamad Tahrir Dato` Kiyai Hj Samsudin , Ustaz Mohd Mustaqim Asmiyi (Ketua Unit Penyelidikan,Pengurusan Dakwah & Latihan), Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zabri Kamdi ,Pengerusi PERKIM Cawangan Kluang serta Yang Berbahagia Ustaz Haji Idrus Shariff selaku penyelaras program.Seminar ini berakhir dengan jayanya pada 3.30 petang.

SEMINAR SAINS SOLAT MASJID AL-MUKARRAMAH

Setiap orang harus tahu bagaimanakah cara solat yang betul dan perspektifnya dari sudut Sains. Kesempurnaan solat  perlu dititik beratkan demi mendapat keredhaan Allah. Baru-baru ini Masjid Al-Mukarramah, Damansara mengambil langkah terbaik dengan menganjurkan seminar sains solat pada 31 Januari 2010.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Masjid Al-Mukarramah (MAM)  Ustaz Mhd Faizal bin Mhd Ramli Al-Hafiz, dan disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Nazir MAM, Syeikh Ahmad Nawawi Ghazali. Turut hadir bergandingan bersama Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim ialah Ustaz Haji Muhammad Azman Husin. Beliau yang merupakan pegawai Akademi Zakat Selangor  turut hadir sebagai pembentang seminar berkenaan ” Sifat Solat Nabi S.A.W”.

SOLAT DAN SAINS: SEIRINGKAH?

Sempena Bulan Penghayatan Islam, Anjuran Persatuan Akademi Islam UM, kami telah dijemput ke Balai Ilmu. Majlis yang dihadiri oleh para pelajar ternyata membari satu kesedaran dan pengetahuan baru tentang solat serta hikmahnya. Layanan mesra daripada penganjur melakar satu sejarah baru kerjasama yang murni.

Beberapa gambar sebagai kenangan dapat diambil:

Sains Solat UM Kini Dalam Facebook

Menyedari bahawa kajian ini juga sebagai satu perkongsian ilmu yang besar dan salah satu cabang dakwah, kami telah membuka akaun ‘fan’ di dalam laman web sosial Facebook bernama:

SAINS SOLAT UNIVERSITI MALAYA

Untuk menyertai fan ini, anda terlebih dahulu perlu mendaftar di Facebook dengan beberapa langkah mudah sahaja. Jika sudah mempunyai akaun, tulis nama akaun kami seperti di atas pada agen carian Facebook di atas sebelah kanan anda.

Antara objektif  kami di laman sosial ini ialah:

  • Menghargai sokongan semua masyarakat dalam memberi komitmen kepada kajian ini.
  • Menyebarkan maklumat dan pertemuan terbaru kami kepada masyarakat.
  • Sebagai satu langkah interaktif dalam konteks menyampaikan ilmu, bertukar fikiran dan menjadi media perhubungan antara kami dan masyarakat.

THE POWER AND SCIENCE OF SALAT

Pada 24 Januari 2010 Kumpulan Penyelidik Sains Solat telah dijemput ke Masjid Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan dengan cemerlang ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan kerjasama Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Kami mengucapkan terima kasih kepada PERKIM, Tetamu Terhormat, dan semua yang bertungkus lumus. Antara yang hadir termasuklah Tn. Haji Abdul Hanif Harun, Dato’ Wan Mansor Abdullah, dan Tan Sri Subhan Jasmon.