Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan dan mempermudahkan perjalanan sainssolat.com untuk meneruskan kajian solat pada tahun ini. Sehingga kini, banyak program ceramah yang telah disempurnakan seperti lokasi-lokasi berikut;
1. Seri Negeri, Melaka – 23 Feb 2012
2. KPDNKK, Putrajaya – 15 Mac 2012
3.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – 18 Mac 2012
4. Pertubuhan UMNO, Pahang – 8 April 2012
5. MITC, INSPIM, Melaka – 26 April & 28 Mei 2012
6. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Johor – 27 Jun 2012
7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Pasir Gudang, Johor – 1 Julai 2012
8. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) – 5 Julai 2012
9. Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) -26 Julai 2012
10. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) – 1 Sept. 2012
11. Maahad Ahmadi, Port Dickson – 29 Sept. 2012
12. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) – 18 Nov. 2012
13. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (KSKBSB) – 23 Nov. 2012
Dengan itu, admin sainssolat.com mengucapkan ribuan terima kasih serta tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya meluangkan masa bersama kami, terutamanya kepada yang telah hadir ke ceramah Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim di institusi – instituti yang terlibat; termasuklah pihak yang sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah menjayakan program-program tersebut. Admin sainssolat.com juga berharap para hadirin memanfaatkan serta mengambil pengajaran secara maksima dari setiap ceramah yang dihadiri bagi memperbaiki lagi kualiti solat masing-masing; dan seterusnya menyuburkkan lagi hubungan rohaniah kepada yang Khaliq.
Layari laman facebook kami https://www.facebook.com/MimemsUM untuk lebih gambar semasa program