Karya Ilmiah

Senaman Regangan & Pergerakan Solat

Kompenen-kompenen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi. Dalam buku ini, kami telah mengupas mengenai pergerakan dan postur solat serta persamaannya dengan senaman yang diperakukan pakar. kajian kami membuktikan bahawa gerakan otot-otot semasa solat mampu memperbaiki keanjalan dan kekuatan otot sendi.

Buku Senaman Dan Regangan Solat ini ialah rentetan daripada buku Solat-Kebaikan dari Perspektif Sains yang kami terbitkan sebelum ini. Fokus buku ini adalah kepada persamaan yang terdapat antara postur dan pergerakan solat berbebtuk terapi senaman yang bermanfaat kepada sistem tubuh manusia.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Wan Abu Bakar Wan Abas

Rameezam Begam Abdul Rahim

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan buku ini sila klik di sini.

Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat


Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat lima waktu sehari. Gerakan solat itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus menerus memberikan kesan positif dan bermanfaat kepada kesihatan manusia sama ada aspek fizikal ataupun emosi. Buku ini ialah rentetan dari buku “Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains“. Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajipan yang perlu dilaksanakan, tetapi ia juga dijadikan sebagai alternatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malaj, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam sebagai rawatan.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Rameezam Begam Abdul Rahim

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan buku ini sila klik di s

ini.

Pencegahan Penyakit Jantung dari Perspektif Holisitik


Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan yang sangat berharga. Ia bermula dengan denyutan jantung yang peretama semasa kita berada di dalam perut ibu dan tamat dengan denyutan jantung terakhir. Apabila kita menteliti bagaimana jantung berfungsi, kita dapat melihat keajaiban organ yang sebesar genggaman ini dan merasai kebesaran dan keagungan Pencipta-Nya. Sesuatu yang begitu penting dan berharga yang telah diamanahkan kepada kita sejak bermula kehidupan kadang-kadang apabila sudah terkena penyakit jantung atau lemah jantung, barulah mula sedar betapa besarnya nikmat tersebut. Buku ini adalah rentetan dai buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains. Fokus buku ini adalah kepada pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik yang menerangkan pencegahan dari aspek perubatan moden dan Islam.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

W.Azman W. Ahmad

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan buku ini sila klik di sini.

Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains

Buku Solat : Kebaikan dari Perspektif Sains dan SALAT: Benefits from Science Perspective telah diterbitkan di dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa melayu.

Kebaikan Dari Perspektif Sains ini diterbitkan untuk menerangkan beberapa keputusan kajian mengenai kesan pergerakan solat yang sempurna kepada kesihatan tubuh badan yang merangkumi aspek-aspek seperti sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, aktiviti gelombang otak ketika bersolat and postur badan yang optimum.

Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang muslimin dan mulimat dalam menunaikan ibadat solat dengan khusyuk dan tawaduk. Semoga buku ini ada manfaatnya bagi kita semua dalam memahami hikmah dan kebaikan kesihatan disebalik ibadah solat kita, insya Allah.

Bab Pertama buku ini memberikan penerangan ringkas mengenai solat serta cara menunaikan solat secara betul berdasarkan al-Quran dan Hadis.

Bab 2 membincangkan komponen-komponen di dalam komposisi tubuh manusia, cara pengukuran komposisi tubuh, kelebihan aktiviti fizikal dan solat taraweeh serta berpuasa di bulan Ramadhan ke atas komposisi tubuh badan
Kadar denyutan jantung diterangkan didalam bab tiga, bermula dengan pengenalan kepada denyutan jantung, perbezaan kadar denyutan jantung semasa solat dalam posisi yang berbeza dan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung

Bab 4, menerangkan sakit pinggang di kalangan wanita. Penerangan mengenai sakit pinggang dan aktiviti fizikal telah diperkenalkan oleh psikoterapi untuk terapi sakit pinggang. Bab ini juga membongkar rahsia posisi solat yang mana boleh digunakan sebagai terapi sakit pinggang.

Bab 5, membincangkan tentang otak manusia. Kegunaan otak manusia, gelombang otak, meditasi, solat, electroencephalograpgy dalam solat, kajian tentang isyarat otak semasa tuma’ninah dan kajian keseluruhan isyarat otak semasa solat.

Otot-otot manusia dalam bab 6 menerangkan tentang isyarat otot atau dikenali sebagai electromiografi serta kajian tentang aktiviti otot ketika mengerjakan pergerakan solat.
Bab terakhir ialah bab 7 membincangkan mengenai “Erectile Dysfunction (ED)”. Penerangan terperinci mengenai ED, jenis-jenis ED dan rawatan ED. Kajian tentang kesan solat terhadap ED dan bagaimana ia boleh digunakan sebagai terapi juga turut dinyatakan.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Wan Abu Bakar Wan Abas

Ng Siew Cheok

Harga:

Semenanjung Malaysia : RM29.90

Sabah & Sarawak : RM 31.90

Cara Pembelian

Bayaran tambahan untuk Pos dan kos urusan sebanyak RM 8 untuk sebuah buku dan RM 10 untuk dua buah buku. Jika anda berminat untuk pesanan lebih dari dua buah buku, boleh terus hubungi kami untuk perbincangan lanjut. Emailkan kepada email dibawah.

CARA PEMBAYARAN

Anda boleh membelinya pada waktu pejabat (8.30pagi sehingga 5.30 petang) di:

Makmal Klinikal Kejuruteraan,
Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya,
50603, Kuala Lumpur.
Tel:03-7967 4486
Fax:03-7967 4579
 

Peta lokasi

 

Sebarang pertanyaan emailkan ke:  sainssolat.um@gmail.com

Atau hubungi wakil pengedar tunggal kami:

Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Shah Alam, Selangor.

Tel: 019-3799 101 / Faks: +603-5541 6370

***********************************************************************************************************

Format surat-menyurat jemputan ceramah sains dan solat.

Jika sesiapa berminat untuk menjemput Prof Madya Dr Fatimah sebagai penceramah Sains & Solat, sila majukan surat permohonan kepada Naib Canselor jika ke luar Negara(Singapore dan lain lain) tetapi jika di dalam negara memadai kepada Dekan dan sesalin kepada Ketua Jabatan dan saya yang beralamat seperti berikut:

  1. Surat jemputan kepada Naib Canselor Universiti Malaya

Prof Datuk Dr.Ghauth Jasmon,

Naib Canselor Universiti Malaya,

Pejabat Canselori,

50603 Kuala Lumpur.

Tel: 603- 7967 3213

Fax : 603- 7955 2975

Email : ghauth@gmail.com/ vc@um.edu.my

2. Surat jemputan kepada Dekan Kejuruteraan Universiti Malaya.

Prof Madya Dr. Mohd Hamdi Bin Abd Shukor

Dekan Fakulti kejuruteraan,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur

Tel: 603-7967 5200

Fax: 603-7956 1378

Email: hamdi@um.edu.my

3. Surat jemputan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya.

Prof Madya Dr Noor Azuan Abu Osman

Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,

Fakulti kejuruteraan,

50603, Kuala Lumpur

Tel: 603-7967 4581

Fax: 603-7967 4579

Email: azuan@um.edu.my

4.Surat jemputan hendaklah dihantar kepada Dr Fatimah.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim,

Makmal Klinikal Kejuruteraan,

Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,

Fakulti Kejuruteraan,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7967 6878

Fax:03-7967 6878

Email: fatimah@um.edu.my

18 thoughts on “Karya Ilmiah

  1. saya nak hantar e mail untuk beli buku seperti alamat di atas tapi tak dapat, boleh tong saya tak

  2. Salam, buku “Solat: Kebaikan dari Perspekstif Sains” ini boleh saya dapatkan dari mana2 kedai buku ke?

    Kalau tak, saya akan order online.

  3. saya nak dapatkan buku sains solat tu…. dah banyak kedai kat kuala terengganu saya cari tak ada… di mana boleh saya dapatkan buku 2

    • Bahrie, utk mendapat buku itu anda boleh membeli di makmal kejureteaan klinikal, Jabatan Bioperubatan, fakulti kejuruteraan UM.

  4. saya dari tawau sabah berminat nak membeli buku sains solat macam mana saya nak medapatkan buku itu…

  5. Assalamualaikum.

    Good work & a very interesting discovery. Terima Kasih kpd Dr Fatimah Ibrahim kerana sudi meluangkan masa & tenaga bagi berkongsi discovery ini dengan kami di Lembaga Getah Malaysia baru – baru ini.

    Website ini tiada English version kah? Kalau ada, lebih bagus. Senang non-muslims di dalam & luar negeri nak baca sedikit.

  6. Assalamualaikum.

    Tahniah atas kejayaan kajian puan dan membukukan nya.
    Saya dari Singapura dan berminat mendapatkan buku buku puan, dimana saya boleh mendapatkan nya.

    w’salam
    Zarina

    • Wssalam..Boleh melayari website kami dan rujuk bahagian karya ilmiah. Di sana ada diterangkan cara pembelian, terima kasih.

  7. Assalamu’alaikum w.w.
    I would like to have a book “sains solat……” in English.
    Please advice the method of payments as I am living in Melbourne. Appreciate it if could be paid via credit card.
    Thank you.

  8. Assalamualaikum..
    Syabas dan tahniah saya ucapkan utk semua warga kerja yang menghasilkan satu penyelidikan yang terbaik tentang solat.Alhamdulillah akhirnya saya telah menjumpai website ini dan saya ingin membeli buku Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains
    Adakah masih ada lagi keluaran untuk buku ini di pasaran? atau saya harus membelinya melalui online? sekian,terima kasih.

    • Terima kasih En Zaidi.En Zaidi Boleh melayari website kami dan rujuk bahagian karya ilmiah. Di sana ada diterangkan cara pembelian, terima kasih.

Leave a comment