20 DISEMBER 2010- Seminar Sains Solat Peringkat Negri Terengganu

Pada 20 Disember 2010 bersamaan 14 Muharram 1432 yang lalu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Sains Solat Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Seminar yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman itu telah dirasmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu.

Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan, 3 daripadanya oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim manakala 1 lagi kertas kerja dibentangkan oleh Dr. Ng Siew Cheok. Kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis bersama buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 700 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 8.00 pagi sehingga 4.30 petang ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya. Buat warga Terengganu, insyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.