4 MAC 2011- SEMINAR SAINS SOLAT UiTM PERLIS

Pada 4  Mac 2011 bersamaan dengan 29  Rabiulawal 1432 Hijrah yang lalu,Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Perlis telah menganjurkanprogram Seminar Sains Solat yang bertajuk ” Kesan Solat Menurut Perspektif Sains”

Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan   oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis  buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”. Tajuk yang dibentangkan ialah “Kesan poster dan pergerakan solat terhadap komposisi badan” ,“Kesan solat terhadap denyutan jantung” dan ” Solat dan rawatan mati pucuk”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 200 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 8.30  pagi sehingga 12.30 tengahari ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya.

Warga UiTM Perlis, InsyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.

 

20 DISEMBER 2010- Seminar Sains Solat Peringkat Negri Terengganu

Pada 20 Disember 2010 bersamaan 14 Muharram 1432 yang lalu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Sains Solat Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Seminar yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman itu telah dirasmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu.

Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan, 3 daripadanya oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim manakala 1 lagi kertas kerja dibentangkan oleh Dr. Ng Siew Cheok. Kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis bersama buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 700 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 8.00 pagi sehingga 4.30 petang ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya. Buat warga Terengganu, insyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.

Buku Senaman Regangan & Pergerakan Solat

Kesan spritual solat diterangkan secara nyata di dalam kitab suci al-Quran, hadith Nabi Muhammad S.A.W. dan pelbagai buku di seluruh dunia. Solat seumpama senaman tanpa menggunakan sebarang alat bantuan. Ia melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, duduk, rukuk, dan sujud. Ianya juga boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan.

Amalan solat secara harian, boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana semula jadi yang mempunyai senaman regangan. Senaman regangan merupakan salah satu jenis senaman yang lazimnya disyorkan dalam rawatan pemulihan. Amalan ini jika dilakukan secara terus-menerus akan memberikan kesan yang positif kepada tubuh manusia. Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot-otot peha, betis, dan tulang belakang. Aktiviti yang mudah dilakukan ini mampu memberikan kekuatan kepada sistem otot dan tubuh badan.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Wan Abu Bakar Wan Abas

Rameezam Begam Abdul Rahim

Harga:

Semenanjung Malaysia : RM18.90

Sabah & Sarawak : RM 21.90

Anda boleh membelinya pada waktu pejabat (8.30pagi sehingga 5.30 petang) di:

Makmal Klinikal Kejuruteraan,
Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya.
No. Tel:03-7967 6878

Atau hubungi wakil pengedar tunggal kami:

Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Shah Alam, Selangor.

Tel: 019-3799 101 / Faks: +603-5541 6370