4 MAC 2011- SEMINAR SAINS SOLAT UiTM PERLIS

Pada 4  Mac 2011 bersamaan dengan 29  Rabiulawal 1432 Hijrah yang lalu,Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Perlis telah menganjurkanprogram Seminar Sains Solat yang bertajuk ” Kesan Solat Menurut Perspektif Sains”

Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan   oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis  buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”. Tajuk yang dibentangkan ialah “Kesan poster dan pergerakan solat terhadap komposisi badan” ,“Kesan solat terhadap denyutan jantung” dan ” Solat dan rawatan mati pucuk”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 200 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 8.30  pagi sehingga 12.30 tengahari ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya.

Warga UiTM Perlis, InsyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.

 

27 FEBRUARI 2011- SEMINAR SAINS SOLAT PERKIM KEBANGSAAN

Pada 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1432 Hijrah yang lalu,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Cawangan Selayang Baru telah menganjurkan seminar “Sains Solat : Kebaikan Solat Dari Perspektif Sains”.

Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan Selayang Baru,Selangor dari jam 8 pagi sehingga jam 1 petang.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan   oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis  buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”. Tajuk yang dibentangkan ialah “Kesan poster dan pergerakan solat terhadap komposisi badan”  dan “Kesan solat terhadap denyutan jantung”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 200 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 8.00 pagi sehingga 1 petang ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya. Buat warga PERKIM, insyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.

20 DISEMBER 2010- Seminar Sains Solat Peringkat Negri Terengganu

Pada 20 Disember 2010 bersamaan 14 Muharram 1432 yang lalu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Sains Solat Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Seminar yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman itu telah dirasmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu.

Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan, 3 daripadanya oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim manakala 1 lagi kertas kerja dibentangkan oleh Dr. Ng Siew Cheok. Kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Malaya dan penulis bersama buku bestseller “Solat Dari Perspektif Sains”.

Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekitar 700 orang hadirin menghadiri seminar yang bermula seawal 8.00 pagi sehingga 4.30 petang ini.

Semoga seminar ini berhasil menjadikan peserta yang hadir sebagai muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai tunjangnya. Buat warga Terengganu, insyaAllah, ada masa dan kesempatan, kita berjumpa lagi!

This slideshow requires JavaScript.