Buku Senaman Regangan & Pergerakan Solat

Kesan spritual solat diterangkan secara nyata di dalam kitab suci al-Quran, hadith Nabi Muhammad S.A.W. dan pelbagai buku di seluruh dunia. Solat seumpama senaman tanpa menggunakan sebarang alat bantuan. Ia melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, duduk, rukuk, dan sujud. Ianya juga boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan.

Amalan solat secara harian, boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana semula jadi yang mempunyai senaman regangan. Senaman regangan merupakan salah satu jenis senaman yang lazimnya disyorkan dalam rawatan pemulihan. Amalan ini jika dilakukan secara terus-menerus akan memberikan kesan yang positif kepada tubuh manusia. Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot-otot peha, betis, dan tulang belakang. Aktiviti yang mudah dilakukan ini mampu memberikan kekuatan kepada sistem otot dan tubuh badan.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Wan Abu Bakar Wan Abas

Rameezam Begam Abdul Rahim

Harga:

Semenanjung Malaysia : RM18.90

Sabah & Sarawak : RM 21.90

Anda boleh membelinya pada waktu pejabat (8.30pagi sehingga 5.30 petang) di:

Makmal Klinikal Kejuruteraan,
Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya.
No. Tel:03-7967 6878

Atau hubungi wakil pengedar tunggal kami:

Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Shah Alam, Selangor.

Tel: 019-3799 101 / Faks: +603-5541 6370

Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat

Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat lima waktu sehari. Gerakan solat itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus menerus memberikan kesan positif dan bermanfaat kepada kesihatan manusia sama ada aspek fizikal ataupun emosi. Buku ini ialah rentetan dari buku “Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains“. Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajipan yang perlu dilaksanakan, tetapi ia juga dijadikan sebagai alternatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malaj, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam sebagai rawatan.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Rameezam Begam Abdul Rahim

Harga:

Semenanjung Malaysia : RM18.90

Sabah & Sarawak : RM 21.90

Anda boleh membelinya pada waktu pejabat (8.30pagi sehingga 5.30 petang) di:

Makmal Klinikal Kejuruteraan,
Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya.
No. Tel:03-7967 6878

Atau hubungi wakil pengedar tunggal kami:

Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Shah Alam, Selangor.

Tel: 019-3799 101 / Faks: +603-5541 6370

Pencegahan Penyakit Jantung dari Perspektif Holisitik

Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan yang sangat berharga. Ia bermula dengan denyutan jantung yang peretama semasa kita berada di dalam perut ibu dan tamat dengan denyutan jantung terakhir. Apabila kita menteliti bagaimana jantung berfungsi, kita dapat melihat keajaiban organ yang sebesar genggaman ini dan merasai kebesaran dan keagungan Pencipta-Nya. Sesuatu yang begitu penting dan berharga yang telah diamanahkan kepada kita sejak bermula kehidupan kadang-kadang apabila sudah terkena penyakit jantung atau lemah jantung, barulah mula sedar betapa besarnya nikmat tersebut. Buku ini adalah rentetan dai buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains. Fokus buku ini adalah kepada pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik yang menerangkan pencegahan dari aspek perubatan moden dan Islam.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

W.Azman W. Ahmad

Harga:

Semenanjung Malaysia : RM23.90

Sabah & Sarawak : RM 26.90

Anda boleh membelinya pada waktu pejabat (8.30pagi sehingga 5.30 petang) di:

Makmal Klinikal Kejuruteraan,
Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya.
No. Tel:03-7967 6878

Atau hubungi wakil pengedar tunggal kami:

Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Shah Alam, Selangor.
Tel: 019-3799 101 / Faks: +603-5541 6370