Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat

Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat lima waktu sehari. Gerakan solat itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus menerus memberikan kesan positif dan bermanfaat kepada kesihatan manusia sama ada aspek fizikal ataupun emosi. Buku ini ialah rentetan dari buku “Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains“. Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajipan yang perlu dilaksanakan, tetapi ia juga dijadikan sebagai alternatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malaj, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam sebagai rawatan.

Penulis:

Fatimah Ibrahim

Rameezam Begam Abdul Rahim

Harga:

Semenanjung Malaysia : RM18.90

Sabah & Sarawak : RM 21.90

Anda boleh membelinya pada waktu pejabat (8.30pagi sehingga 5.30 petang) di:

Makmal Klinikal Kejuruteraan,
Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya.
No. Tel:03-7967 6878

Atau hubungi wakil pengedar tunggal kami:

Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATIONS
Shah Alam, Selangor.

Tel: 019-3799 101 / Faks: +603-5541 6370

Artikel Berita

Kajian kami telah mendapat perhatian daripada pelbagai media cetak dan elektronik.

Utusan Malaysia

New Straits Times

Kementerian Penerangan Malaysia

Islamonline.net